Sabtu, 16 Julai 2011

hari membaja saya










bismillahirrahmanirrahim. assalamualaikum & salam sejahtera semua. best betul cuaca hari ni. sejak pagi tadi angin bertiup sepoi sepoi bahasa. cuaca pun tak panas sangat tapi kalau sidai baju memang boleh kering sebab berangin. dah lama tak menulis tentang pokok2 kesayangan saya. memandangkan hari ni cuaca elok maka saya mengambil keputusan utk membaja pokok2 bunga dan pokok2 daun.
memang seronok menanam bunga ni apatah lagi kalau tgk bunga di nurseri2 bunga. mengapa bunga di nurseri cantik? of course la sebab depa siram dan baja dgn betul. well...saya pun bila ke nurseri bunga, wajib bertanya kepada indon yg jaga nurseri tu ni baja apa tu baja apa. kalau nak tanam bunga tp agak kedekut nak beli baja mungkin simpan sajalah niat nak menanam tu. mcm manusia jugak kalau tak diberi makan. kurus keringla jwbnya.
baja ada mcm2 jenis, ada baja daun, ada baja bunga,ada baja yg dah siap2 dimasukkan ke dlm tanah yg kita beli. jd terpulanglah nak baja yg mana satu. di sini saya tunjukla baja2 yg saya gunakan. mcm taik kambing pun ada, baja semburan pun ada & cecair penghalang serangga pun ada. kat mana nak beli? pergi ja ke nurseri2 bunga yg berdekatan, pasaraya ka mesti ada punya.


ok sampai di sini dulu.....nak pi ubah pasu bunga lili saja jap...selamat berkebun bunga utk fanatik2 pokok2 bunga & daun.