Isnin, 28 Januari 2013

my crepe(y) story...

Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum wbt. Susah nak cari masa menulis sekarang...tapi sebenarnya banyak masa tu... saja-saja buat takdak masa...ya lah kan semua orang diberi 24 jam sehari...buatlah apa nak buat...yang penting bermanfaat dunia dan akhirat...& tak menyentuh hal orang lain...kali ni nak cerita pasal crepe...semua orang tau pasal durian crepe, oreo crepe...dan banyak lagi crepe...saya bukanlah orang yang selayaknya bercakap pasal crepe ni because i'm not a good cook...and of course bukan rajinnnn sangat masakpun...ikut mood...aha ha ha haaa (^^^) (^^^) (^^^)...simbol gelak mcm jaws... satu lagi...bila pulak saya berminat tulis pasal resepi ni...isk isk isk...macam tak percaya ja...tapi percaya la jugak...first time tulis pasal makanan ni...

ni la durian crepe pertama..eh eh eheh..ketayap  durian
tak sabar nak tgk hasil ginilah jadinya...whipping cream belum keras dah potong...langsung lembik bek bek
bila sejuk kejong la pulak...tapi rasa ok ja

hmmm tapi entah mengapakah saya begitu tertarik bebeno dgn kulit crepe tu...bila google resepi mcm-mcm jenis kulit crepe ada...so saya pun try my first konon-konon durian crepe...nampak macam jadi tapi tak berapa jadi..kenapa???? kulitnya mmg sah-sah kulit ketayap...dalam gambar nampak o.k tp k.o. kulit tebal bila lipat patah pulak...warna kuning tetap maintain dahla saya dan keluarga memang bukan penggemar durian pun... jadi terpaksalah rasa sendiri ...ok ja walaupun tak minat sangat makan durian...bila dah dicrepekan lagi pening bila nak makan...mcm bau gas bocor pun ada...  hmmm...pasai apa dok nak buat jugak no? 

kita sambung lagi...nak dijadikan cerita...saya memang tak putus asa buat crepe ni...cari dan cari lagi resepi crepe yang sebenar...bila baca ada yg kata kena pakai lima jenis tepung...mak aii...tepung apa...sebab tak dinyatakan dgn jelas tepung apa...nak tanya orang-orang yang pakar memang saya segan...sebab saya bukan la la tu tanya la la tu masak...tanya la ni...mungkin 2-3 tahun kemudian baru masak kihkihkih....so saya cari lagi...hah kali ni jumpak resepi dlm majalah Rasa di facebook...tu dia baru tau lima jenis tepung tu ialah tepung gandum, ubi, jagung, kastard dan tepung hongkong...masalah-masalah...mana nak cari tepung hongkong tu...chek kena pi Hong Kong ka??? 

Masalah belum selesai dah tegedik nak buat crepe seterusnya...ni gara-gara terbeli... hehehe mempelam india ada yg kata mempelam australia kat R&R Bukit Gantang...besar & manis...sebijik pun mencecah RM20. Mahal tapi berbaloi...ha ada peluang buat crepe mempelam pulak. kerana ketidaksabaran telah melanda...jadilah crepe kedua ni dgn tiga jenis tepung saja sebab takdan pi kedai Sunflower lagi nak cari tepung-tepung tu...jeng jeng jeng...warna pun sudah tukar...hijau itu menenangkan...
ni dia crepe kedua saya...kulit belum jadi sepenuhnya lagi
Tengok tu..bergetar-getar inti...
macam berjaya jugakla  kali ni...sebab dah pakai tiga jenis tepung utk dijadikan crepe...tepung gandum, jagung dan ubi...still kulit masih belum nipis & memuaskan hati...rasa dah ok tp kali ni whipping cream tak mau mengental pulak..help help...nak buat mcmana ni????...ahhhh...ada santan kotak dlm kabinet..apa lagi...sayapun tolak tepi whipping cream yg tak jadi tu sayapun kacau santan dgn sesudu tepung jagung...hmmm jadi jugak mcm kepala tepung talam...belasah ja la...bila rasa ok jugak...yg bestnya tak perlu simpan dlm fridge...terus masuk mulut ja...mak pun kata bolehla...sebab dia mmg tak suka kuih moden ni ketayap inti nyok dia suka la :)

Setelah tak berapa bersusah & tak tak berapa berpayah sayapun dapat mengumpul lima jenis tepung untuk buat crepe...finally...fuhh...lega...so dengan bersederhana hati.... sayapun buatlah jagung crepe pulak untuk makan-makan kat rumah kakak saya sempena nak sambut birthday anak-anak sedara yang lahir pada bulan Januari...dengan penuh iltizam & semangat kihkihkih...saya pun buat corn crepe (sebut betul-betul...corn crepe...bukan konkrit)  sebanyak 20 ketul lebih. kulitnya jadi kali ni...nipis, lembut dan tak mudah koyak (tapi lupa nak buat keratan rentas la pulak isk isk isk)...seronoknya...by the way lupa nak cerita..sebelum ni buat crepe 6 ketul ja..tu pun jenuh nak perabih....menderita dibuatnya...ya la besar-besar gedabak...

ok lah nampak gaya sampai setakat di sini dulu...hari pun semakin lewat..esok dah start kerja..ada meeting pulak di Selama...selama-selamanya meeting sampai pencen...sebelum saya tutup cerita kali ni...saya akan terus berusaha buat crepe supaya betul-betul sedap untuk saya makan...hehehehe...sebab tak puas hati lagi dengan crepe ni...macam kena improvise & modify sana sini lagi...mungkin tahun depan baru ok kot rasa dia hahahaha. Last but not least, gambar last ni ialah corn crepe tu...jumpa lagi di lain masa...wassalam...

tadaaa..ni la corn crepe tu cuma kakak-kakak saya kata kurang masin & tak manis..ya la saya memang tak suka  manis dalam makanan...sebab tu tak bubuh gula...manis dalam senyuman ok la kan :)






Isnin, 14 Januari 2013

Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum...lama sungguh tak menulis di blog...rindu pulak rasanya menulis. entahlah mungkin awal-awal tahun ni ada masa untuk menulis. bukan takdak kerja yang menimbun...cuma bila menulis blog seperti ada masa untuk diri sendiri...masa untuk menilai kualiti & prestasi diri yang kadangkala naik dan ada ketikanya menurun...tahun 2011 prestasi diri seolah-olah melonjak naik dgn semangat kerja yang tinggi...bukan tiada cabaran cuma mcm dipermudahkan olehNya...tapi tahun 2012...byk betul rintangan yang terpaksa dihadapi...bila difikir-fikir itulah kehidupan sebenarnya...ada naik ada turun. walaupun begitu syukur alhamdulillah...bagi diri yang kerdil di sisinya...sentiasa beringat akan kekhilafan diri...maka Dia memberi pertolongan apabila kita sebagai hamba meminta di saat-saat getir...syukur Ya Rabbi...2012 dapat dilalui dgn seribu satu mcm dugaan yang menandakan Allah mahukan kita berserah kepadanya kerana kita adalah milikNya.

Sabtu, 16 Julai 2011

hari membaja saya










bismillahirrahmanirrahim. assalamualaikum & salam sejahtera semua. best betul cuaca hari ni. sejak pagi tadi angin bertiup sepoi sepoi bahasa. cuaca pun tak panas sangat tapi kalau sidai baju memang boleh kering sebab berangin. dah lama tak menulis tentang pokok2 kesayangan saya. memandangkan hari ni cuaca elok maka saya mengambil keputusan utk membaja pokok2 bunga dan pokok2 daun.
memang seronok menanam bunga ni apatah lagi kalau tgk bunga di nurseri2 bunga. mengapa bunga di nurseri cantik? of course la sebab depa siram dan baja dgn betul. well...saya pun bila ke nurseri bunga, wajib bertanya kepada indon yg jaga nurseri tu ni baja apa tu baja apa. kalau nak tanam bunga tp agak kedekut nak beli baja mungkin simpan sajalah niat nak menanam tu. mcm manusia jugak kalau tak diberi makan. kurus keringla jwbnya.
baja ada mcm2 jenis, ada baja daun, ada baja bunga,ada baja yg dah siap2 dimasukkan ke dlm tanah yg kita beli. jd terpulanglah nak baja yg mana satu. di sini saya tunjukla baja2 yg saya gunakan. mcm taik kambing pun ada, baja semburan pun ada & cecair penghalang serangga pun ada. kat mana nak beli? pergi ja ke nurseri2 bunga yg berdekatan, pasaraya ka mesti ada punya.


ok sampai di sini dulu.....nak pi ubah pasu bunga lili saja jap...selamat berkebun bunga utk fanatik2 pokok2 bunga & daun.

























































Selasa, 28 Jun 2011

Kg Morten Banda Hilir Melaka







bismillahirrahmanirrahim. ni cerita agak lambat ditulis. sempena cuti penggal persekolahan yang lepas. kalau saya cerita pasal negeri Melaka kepada murid2 saya. semua dah pernah pergi ke negeri bersejarah ni. cuma saya saja yang baru menjejakkan kaki setelah tua bangka ni. itupun bersebab kalau tak agaknya sampai bila2pun tak ke Melaka.




Tujuan saya tulis bukanlah nak cerita pasal negeri Melaka. sebab saya pasti semua orang dah tau tentang a famosa, melaka parade. yang saya nak bagitau tentang lawatan saya ke villa sentosa yang terletak di kg morten. villa ni telah diiktiraf sebagai rumah warisan negeri Melaka. saya memang dah tau pasal kg morten ni dan cerita tentang villa tersebut kerana ia merupakan kg abang ipar saya dan villa tu adalah rumah arwah datuknya. di sebelah villa tersebut adalah rumah (warna biru) ibubapa abg ipar saya. dulu masa kakak saya kahwin (22 tahun dulu) saya tak berkesempatan pergi mengikut rombongan jadi memanglah saya tak pernah ke sana.



yang menariknya rumah2 di kg morten ni kecik2 saja. ala-ala binaan rumah minang. terletak betul2 berdekatan sg melaka. jadi kalau naik cruise pada waktu malam memanglah kita akan nampak kg morten ini. yang nak tergelaknya bila saya tgk gambar2 lama keluarga abg ipar saya di dinding rumah villa sentosa tu (masa tu kami diberi penerangan oleh pakcik rahim iaitu bapa saudara abg ipar saya tentang sejarah villa sentosa dan kg morten) saya tgk muka arwah datuk abg ipar saya betul2 mcm muka abg ipar. kalau kakak atau anak2 kakak saya baca mesti depa pun tergelak.



kg morten mendapat namanya apabila ia dibuka oleh seorang inggeris yg bernama morten. nak tau lebih lanjut kenalah ke sana sendiri ya. ramai pelancong luar negara datang nak melawat villa sentosa tu. masuk adalah percuma. tak jemu2 pakcik rahim tu bg penerangan tentang kg morten dan sejarah keluarganya. menurut beliau anak sedara saya dah jd generasi ke sembilan keluarga hj othman tu yg dah 300 tahun menetap di kg morten. tp generasi ke sembilan tu berada di taiping bukan di melaka (anak-anak kakak saya).














Isnin, 27 Jun 2011

a walk in the clouds





















Bismillahrirrahmanirrahim. sibuk bebenor sejak dua menjak ni sampai agak lama blog ni tak dijengah. kali ni nak cerita pengalaman saya dan pelajar2 melawat ladang anggur empangan beris di sik kedah pada 19 jun 2011 yang lalu. memang menarik la bagi diri saya yang sebelum ni tak pernah ke ladang anggur. suasana ladang anggur yang nyaman dan landscape sederhana yang mendamaikan. untuk merasai sendiri pengalamannya kawan2 semua kena lah ke sana sendiri.


ini merupakan hari kedua lawatan kami. hari pertama kami ke HPA jejawi, UniMAP, ke padang besar, ke ladang ostrich dan ke kg tambun tulang untuk makan malam tajaan. Masuk hari kedua, selepas sarapan pagi ditaja oleh unimap, lawatan kami menyusul ke library unimap sebelum kami memulakan perjalanan ke alor setar. di sana kami melawat muzium padi, petrosains, menghadiri taklimat di TNB alor setar serta makan tengahari tajaan TNB.


Berbalik ke lawatan di ladang anggur ni terus mengingatkan saya kepada cerita a walk in the clouds lakonan keanu reeves dan ataina sanchez, kisah tentang perjuangan mempertahankan ladang anggur. nak gelak bila pelajar2 saya kata,' cikgu kami tak boleh lama2 dalam ladang ni...nanti tergugat iman terus kami ngap buah anggur ni." sebenarnya bukan pelajar2 saja yang fikir mcm tu saya pun takut jugak goyah iman.


memang berbaloi perjalanan kali ni. walaupun terhoyong hayang dalam bas (tapi masih blh lena) selama lebih kurang dua jam dari bandar alor setar. sampai saja ke ladang tersebut terasa nyaman udara tasik beris.


anggurnya ada pelbagai warna hijau, ungu dan hitam dan saiz. tapi alhamdulillah semua yang dibeli manis2 belaka. yang bestnya bila kami sampai kami diberi peluang merasa kemanisan anggur secara percuma. kalau ada peluang memang nak pergi lagi walaupun masih terbayang betapa jauhnya ladang ini.

Ahad, 29 Mei 2011

temulawak kot





bismillahirrahmanirrahim. wah seronok nak bercerita hari ni. maklum dah lama jugak tak tulis apa2 dlm blog ni. ni gara-gara siang tadi la. sedang saya mencari bahan-bahan untuk masak tomyam cincai saya, tiba-tiba mak saya memekik nama saya....cepat cepat katanya. saya ingatkan ada ular ka biawak ka yg melintas. sebab tadi tu mak pi tanam serai dia.rupa-rupanya dia nak tunjuk bunga kat sebelah ni la...hmmm bunga kunyit merah aka temulawak. mana taknya tak ada daun tak ada apa hanya bunga sekuntum yang tumbuh terus dari rhizom kunyit tu. memang cantik campuran warna bunga ni. unik sekali.





kalau temulawak ni panggilan org indonesia. banyak khasiatnya khusus untuk wanita. tapi di malaysia tak tau la pulak nak panggil apa. rhizomnya besar mcm halia dan daunnya besar serta lebar. tetapi kunyit yang digunakan untuk masakan tu rhizomnya kecil serta warnanya kuning pekat dan daunnya serta bunganya sgt harum. sesuai dibuat ulam dan daunnya sering digunakan untuk masakan seperti rendang. rhizom atau ubi kunyit digunakan dalam pelbagai masakan terutamanya untuk menggoreng ikan.





senang ja nak tanam kunyit ni. ambil rhizomnya kemudian tanam.



insyaallah tumbuh jika ada rezeki. wah senangkan? kalaupun bunga kunyit merah ni blh dimakan rasanya tak sanggup nak makan sebab cantik sgt kata kawan saya cikgu zunaidah. ok lah sampai di sini dulu. saya nak pack baju esok nak mula cuti2 malaysia bersama makbapak tercinta. bukan cuti sgt pun..nak cari perubatan alternatif utk mak saya yang mengidap batu karang. sambil menyelam sambil minum air. doakan saya selamat memandu ya. saya tak pandu laju dan tak berapa arif tentang jalan2 ni.






Rabu, 11 Mei 2011

ungu violet







bismillahirrahmanirrahim. lama tak buka blog. terlalu sibuk sejak dua menjak ni. tapi minat terhadap pokok2 hiasan dan bunga2an tak pernah luntur. petang tadi baru sempat tgk pokok2 bunga yang tak berapa nak subur. almaklum terlupa bubuh baja sejak 15 mei yg lepas. sepatutnya pokok-pokok bunga ni perlu dibaja dua minggu sekali. mcm bunga kertas ni blh ditanam menggunakan keratan batangnya.

sebelah kanan ni namanya bunga butang. yg kadang2 og buat potpuri tu esp yg bunganua warna putih. bunga ni blh dibiakkan secara biji benih apabila bunganya kering terdapat banyak biji benih di bunga itu sendiri.
well, nak tulis pasal bunga2an dan dedaunan yg ada pengaruh warna ungu. bila saya perhati pokok2 yg ada di sekeliling rumah makbapak saya ni rupa2nya byk unsur2 warna ungu atau violet kata omputih. ingat tak lagi masa kecik2 dulu apabila menghafal warna pelangi. cikgu2 akan mneumonik kan warna2 pelangi supaya kita senang ingat...antaranya mak jah kena halau balik india utara yg mewakili merah, jingga, kuning, hijau, biru,indigo & ungu. seronok kan? those were the days...


kat sebelah ni namanya bunga 3 bulan kot. entahla ada sekuntum ni ja kat rumah tu pun dah nak gugur bunganya. tp mmg jambak dia sgt besar. cuma jarang berbunga. bunga ni pun ditanam melalui keratan batang.