Ahad, 17 April 2011

senang tanam pokok bunga?


ramai orang kata tanam bunga ni senang. campak ja benih pastu hidupla bunga tu ataupun beli ja di kedai bunga. ungkapan2 itu bagi yg belum ada pengalaman tanam pokok bunga atau pokok hiasan. mmg boleh beli siap terus letak di lokasi yang disukai. tp kalau mahukan kepuasan, cuba tanam sendiri. mmglah anak2 pokok perlu dibeli dari nurseri bunga tp penjagaannya bagaimana. kenalah siram mengikut keperluan pokok, bila cukup masa perlu dibaja. dan, bila tanah agak berkurangan perlu ditambah. bagi yang mula nak menjinakkan diri cubalah tanam pokok mesti akan datang kepuasan satu hari nanti bila pokok bunga anda berbunga dengan lebat. selamat mencuba.



Sabtu, 16 April 2011

orkid atau anggerik?

orkid atau anggerik?

bunga orkid ni memang cantik. tp saya ada dua spesis saja yg saya tau jaga. bukan tak pernah beli yang lain cuma dua ini saja yg tahan lama dan senang dijaga. orkid adalah tanaman yg unik. tak perlukan medium tanah hanya arang, kayu atau batu bata tanah liat. mudahkan. tp jgn tertipu kalau tgk pameran2 orkid tu mmg cantik2 bunganya. kalau beli sempatlah berbunga dua kali sebelum menjadi almarhum pokok tu. biasanya mereka tak bgtau secara detail penjagaan orkid ni. jd kita kena study sendiri mcmana nak jaga. dgn kata lain, nak tanam orkid kenala educate diri sendiri dulu. beli la buku carila bahan2 di internet. bg saya yg mana senang tumbuh yg tu lah saya tanam. tak perlu nak risk kan diri sendiri walaupun dah byk jugak duit terbuang beli orkid2 cantik sebelum ini.


orkid kuning lembut ni namanya dancing lady. kenapa? cuba tgk betul2 kelopak bunga tu kan mcm pompuan mexico pakai maxi kembang dan mengangkat tangan mcm penari broadway ataupun mcm semasa mereka berarak mardi graas (perarakan org2 amerika selatan. & mereka pakai pakaian beragam..nak tau lebih google la ya) sebab sayapun terbaca dlm majalah tentang ni. orkid ni spesis hybrid maksudnya bukan spesis asli. sebab tu kelopaknya lembut. saya ada dua pasu kecik ja.


yang kat bwh tu ialah orkid asli. kelopaknya keras. tahan lama. namanya orkid harimau. perhati betul2...kan mcm belang harimau sumatera (harimau belang). kelopaknya keras dan tahan lama. yang ni pokoknya saja merimbun tp tangkainya adala beberapa kerat saja. saya masih belajar lg mcmana nak tanam orkid. belajarka? entahla saya pun tak tau.








portulaca






















portulaca atau ros jepun adalah sejenis bunga tutup bumi. bunga ni ada pelbagai spesis .ada yg bunganya mcm carnation & ada yg mcm bunga raya. tp yg peliknya ia diberi gelaran ros jepun..whatever...yg penting bunga ni memang cantik & cute. ia ada pelbagai warna spt putih, pink, orange, berbelang putih & pink, kuning, kuning belang oren, merah. yg tak pernah jumpak warna biru & hitam saja..hahahahaha..just joking ya. tp saya ada tiga spesis saja..tgkla gambar tu..satu lg dah kena tanam lain..mcm nak mati ja.



pokok ni amat senang ditanam. keratan batang dilentangkan ke tanah. nanti tumbuhla dia. tak perlu byk air sebab ia tanaman succulent...mcm setawar tu..dah byk air dlm daun & batang dia. letakkan di tempat penuh cahaya. insyaallah berkat ucapan bismillah sblm memulakan menanam tumbuhla portulaca ni. selamat menanam.

Jumaat, 15 April 2011





inilah satu-satunya pokok bunga yg tak ada nama. tp saya memandai2 bg nama 3mlm tanpa bintang sebab bunga ni kembang sekejap saja. bila dah habis kembang bunga ni akan tersepuk di ranting2nya menyebabkan rupa pokok tu nampak buruk. bunga ni kalau dia bloom penuh pokok tu, merimbun. punya gahnya bunga yang ditanam oleh bapak saya ni (lama baru jd merimbun mcm ni. kalau baru tanam tu harap bersabarla.. lg 10 tahun baru jd mcm tu) sampai ia dijadikan background gambar raya kami sekeluarga pd tahun 2009.

tengoklah gambar raya free style ni a.k.a haru biru. tp sedih sebenarnya bila tgk gambar ni. salah sorang abang ipar (yg berbaju kuning tu) allayarham syed mahadi b. syed ismail (usia 52 tahun)kembali ke rahmatullah selepas tamat raya puasa pada tahun 2010. mmglah gambar ni penuh kenangan iaitu gambar lengkap kami sekeluarga beraya. lepas ni memang dah tak cukup korum. sapa-sapa yang baca ni sedekahkan al-fatihah buat arwah abg ipar saya tau. al-fatihah.

akar dani





ini ialah pokok akar dani. pokok ni pokok memanjat. masa gambar ni diambil pokok ni sedang mengeluarkan bunga yang sangat lebat. jadi bila diperhatikan macam nak roboh pun ada. kalau dibaca dalam majalah laman, bunga ni akan keluarkan bau yg wangi pd waktu malam..entahla tak pernah cuba pulak takut takut...jeng jeng jeng. pokok ni jenis memanjat tp kalau selalu dipangkas dia jd pokok renek yg keras.

Assalamualaikum & salam sejahtera,





minat menanam bunga lahir dari minat yang ada pada kedua ibubapa saya. di rumah kakak-kakak saya pun penuh dengan bunga-bungaan dan pepohon hijau. mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasik kan? tapi biasa2 aja...bukan macam taman pun....almaklum ilmu landskap belum penuh di dada. akan saya tambah ilmu ini dari masa ke semasa.

Khamis, 14 April 2011

dimulakan dengan bismillah

assalamualaikum. dalam setiap pekerjaan mesti dimulakan dgn ucapan basmallah. tak kiralah sama ada nak mula tanam pokok, nak naik kenderaan, nak masuk rumah, nak keluar rumah...barulah berkat. pondok ini direka sebagai kenangan kepada beranda (ada yg panggil serambi atau balkoni) yg suatu ketika dulu menjadi tempat permainan dan tempat saya membaca buku cerita semasa kecil.