Sabtu, 16 Julai 2011

hari membaja saya










bismillahirrahmanirrahim. assalamualaikum & salam sejahtera semua. best betul cuaca hari ni. sejak pagi tadi angin bertiup sepoi sepoi bahasa. cuaca pun tak panas sangat tapi kalau sidai baju memang boleh kering sebab berangin. dah lama tak menulis tentang pokok2 kesayangan saya. memandangkan hari ni cuaca elok maka saya mengambil keputusan utk membaja pokok2 bunga dan pokok2 daun.
memang seronok menanam bunga ni apatah lagi kalau tgk bunga di nurseri2 bunga. mengapa bunga di nurseri cantik? of course la sebab depa siram dan baja dgn betul. well...saya pun bila ke nurseri bunga, wajib bertanya kepada indon yg jaga nurseri tu ni baja apa tu baja apa. kalau nak tanam bunga tp agak kedekut nak beli baja mungkin simpan sajalah niat nak menanam tu. mcm manusia jugak kalau tak diberi makan. kurus keringla jwbnya.
baja ada mcm2 jenis, ada baja daun, ada baja bunga,ada baja yg dah siap2 dimasukkan ke dlm tanah yg kita beli. jd terpulanglah nak baja yg mana satu. di sini saya tunjukla baja2 yg saya gunakan. mcm taik kambing pun ada, baja semburan pun ada & cecair penghalang serangga pun ada. kat mana nak beli? pergi ja ke nurseri2 bunga yg berdekatan, pasaraya ka mesti ada punya.


ok sampai di sini dulu.....nak pi ubah pasu bunga lili saja jap...selamat berkebun bunga utk fanatik2 pokok2 bunga & daun.

























































Selasa, 28 Jun 2011

Kg Morten Banda Hilir Melaka







bismillahirrahmanirrahim. ni cerita agak lambat ditulis. sempena cuti penggal persekolahan yang lepas. kalau saya cerita pasal negeri Melaka kepada murid2 saya. semua dah pernah pergi ke negeri bersejarah ni. cuma saya saja yang baru menjejakkan kaki setelah tua bangka ni. itupun bersebab kalau tak agaknya sampai bila2pun tak ke Melaka.




Tujuan saya tulis bukanlah nak cerita pasal negeri Melaka. sebab saya pasti semua orang dah tau tentang a famosa, melaka parade. yang saya nak bagitau tentang lawatan saya ke villa sentosa yang terletak di kg morten. villa ni telah diiktiraf sebagai rumah warisan negeri Melaka. saya memang dah tau pasal kg morten ni dan cerita tentang villa tersebut kerana ia merupakan kg abang ipar saya dan villa tu adalah rumah arwah datuknya. di sebelah villa tersebut adalah rumah (warna biru) ibubapa abg ipar saya. dulu masa kakak saya kahwin (22 tahun dulu) saya tak berkesempatan pergi mengikut rombongan jadi memanglah saya tak pernah ke sana.



yang menariknya rumah2 di kg morten ni kecik2 saja. ala-ala binaan rumah minang. terletak betul2 berdekatan sg melaka. jadi kalau naik cruise pada waktu malam memanglah kita akan nampak kg morten ini. yang nak tergelaknya bila saya tgk gambar2 lama keluarga abg ipar saya di dinding rumah villa sentosa tu (masa tu kami diberi penerangan oleh pakcik rahim iaitu bapa saudara abg ipar saya tentang sejarah villa sentosa dan kg morten) saya tgk muka arwah datuk abg ipar saya betul2 mcm muka abg ipar. kalau kakak atau anak2 kakak saya baca mesti depa pun tergelak.



kg morten mendapat namanya apabila ia dibuka oleh seorang inggeris yg bernama morten. nak tau lebih lanjut kenalah ke sana sendiri ya. ramai pelancong luar negara datang nak melawat villa sentosa tu. masuk adalah percuma. tak jemu2 pakcik rahim tu bg penerangan tentang kg morten dan sejarah keluarganya. menurut beliau anak sedara saya dah jd generasi ke sembilan keluarga hj othman tu yg dah 300 tahun menetap di kg morten. tp generasi ke sembilan tu berada di taiping bukan di melaka (anak-anak kakak saya).














Isnin, 27 Jun 2011

a walk in the clouds





















Bismillahrirrahmanirrahim. sibuk bebenor sejak dua menjak ni sampai agak lama blog ni tak dijengah. kali ni nak cerita pengalaman saya dan pelajar2 melawat ladang anggur empangan beris di sik kedah pada 19 jun 2011 yang lalu. memang menarik la bagi diri saya yang sebelum ni tak pernah ke ladang anggur. suasana ladang anggur yang nyaman dan landscape sederhana yang mendamaikan. untuk merasai sendiri pengalamannya kawan2 semua kena lah ke sana sendiri.


ini merupakan hari kedua lawatan kami. hari pertama kami ke HPA jejawi, UniMAP, ke padang besar, ke ladang ostrich dan ke kg tambun tulang untuk makan malam tajaan. Masuk hari kedua, selepas sarapan pagi ditaja oleh unimap, lawatan kami menyusul ke library unimap sebelum kami memulakan perjalanan ke alor setar. di sana kami melawat muzium padi, petrosains, menghadiri taklimat di TNB alor setar serta makan tengahari tajaan TNB.


Berbalik ke lawatan di ladang anggur ni terus mengingatkan saya kepada cerita a walk in the clouds lakonan keanu reeves dan ataina sanchez, kisah tentang perjuangan mempertahankan ladang anggur. nak gelak bila pelajar2 saya kata,' cikgu kami tak boleh lama2 dalam ladang ni...nanti tergugat iman terus kami ngap buah anggur ni." sebenarnya bukan pelajar2 saja yang fikir mcm tu saya pun takut jugak goyah iman.


memang berbaloi perjalanan kali ni. walaupun terhoyong hayang dalam bas (tapi masih blh lena) selama lebih kurang dua jam dari bandar alor setar. sampai saja ke ladang tersebut terasa nyaman udara tasik beris.


anggurnya ada pelbagai warna hijau, ungu dan hitam dan saiz. tapi alhamdulillah semua yang dibeli manis2 belaka. yang bestnya bila kami sampai kami diberi peluang merasa kemanisan anggur secara percuma. kalau ada peluang memang nak pergi lagi walaupun masih terbayang betapa jauhnya ladang ini.

Ahad, 29 Mei 2011

temulawak kot





bismillahirrahmanirrahim. wah seronok nak bercerita hari ni. maklum dah lama jugak tak tulis apa2 dlm blog ni. ni gara-gara siang tadi la. sedang saya mencari bahan-bahan untuk masak tomyam cincai saya, tiba-tiba mak saya memekik nama saya....cepat cepat katanya. saya ingatkan ada ular ka biawak ka yg melintas. sebab tadi tu mak pi tanam serai dia.rupa-rupanya dia nak tunjuk bunga kat sebelah ni la...hmmm bunga kunyit merah aka temulawak. mana taknya tak ada daun tak ada apa hanya bunga sekuntum yang tumbuh terus dari rhizom kunyit tu. memang cantik campuran warna bunga ni. unik sekali.





kalau temulawak ni panggilan org indonesia. banyak khasiatnya khusus untuk wanita. tapi di malaysia tak tau la pulak nak panggil apa. rhizomnya besar mcm halia dan daunnya besar serta lebar. tetapi kunyit yang digunakan untuk masakan tu rhizomnya kecil serta warnanya kuning pekat dan daunnya serta bunganya sgt harum. sesuai dibuat ulam dan daunnya sering digunakan untuk masakan seperti rendang. rhizom atau ubi kunyit digunakan dalam pelbagai masakan terutamanya untuk menggoreng ikan.





senang ja nak tanam kunyit ni. ambil rhizomnya kemudian tanam.



insyaallah tumbuh jika ada rezeki. wah senangkan? kalaupun bunga kunyit merah ni blh dimakan rasanya tak sanggup nak makan sebab cantik sgt kata kawan saya cikgu zunaidah. ok lah sampai di sini dulu. saya nak pack baju esok nak mula cuti2 malaysia bersama makbapak tercinta. bukan cuti sgt pun..nak cari perubatan alternatif utk mak saya yang mengidap batu karang. sambil menyelam sambil minum air. doakan saya selamat memandu ya. saya tak pandu laju dan tak berapa arif tentang jalan2 ni.






Rabu, 11 Mei 2011

ungu violet







bismillahirrahmanirrahim. lama tak buka blog. terlalu sibuk sejak dua menjak ni. tapi minat terhadap pokok2 hiasan dan bunga2an tak pernah luntur. petang tadi baru sempat tgk pokok2 bunga yang tak berapa nak subur. almaklum terlupa bubuh baja sejak 15 mei yg lepas. sepatutnya pokok-pokok bunga ni perlu dibaja dua minggu sekali. mcm bunga kertas ni blh ditanam menggunakan keratan batangnya.

sebelah kanan ni namanya bunga butang. yg kadang2 og buat potpuri tu esp yg bunganua warna putih. bunga ni blh dibiakkan secara biji benih apabila bunganya kering terdapat banyak biji benih di bunga itu sendiri.
well, nak tulis pasal bunga2an dan dedaunan yg ada pengaruh warna ungu. bila saya perhati pokok2 yg ada di sekeliling rumah makbapak saya ni rupa2nya byk unsur2 warna ungu atau violet kata omputih. ingat tak lagi masa kecik2 dulu apabila menghafal warna pelangi. cikgu2 akan mneumonik kan warna2 pelangi supaya kita senang ingat...antaranya mak jah kena halau balik india utara yg mewakili merah, jingga, kuning, hijau, biru,indigo & ungu. seronok kan? those were the days...


kat sebelah ni namanya bunga 3 bulan kot. entahla ada sekuntum ni ja kat rumah tu pun dah nak gugur bunganya. tp mmg jambak dia sgt besar. cuma jarang berbunga. bunga ni pun ditanam melalui keratan batang.














Sabtu, 30 April 2011

cerita pokok periuk kera






bismillahirrahmanirrahim. gumbira campur teruja hari ni. pagi td masa saya ke market nak beli ikan, sayapun park kereta. mata terpandang ke sebelah kiri. ada nursery bunga kat situ. kecik ja. sekali pandang tiada apa yg menarik. dua kali pandang...wah ada pokok yg dah lama saya cari. pokok ni la...periuk kera. mula-mula masuk ke nurseri tu terfikir jugak..nak beli ka tak beli. bila teringat dalam majalah LAMAN edisi 6 (januari 2007) ada cara2 menanam dan menjaga pokok ni barulah buat keputusan nak beli.


bestnya. dah beli tu cepat2 saya bawak balik (tak lah secepat manapun sebab lepas tu sempat pulak membeli pokok pudina kemudian merendek pulak ke nurseri bunga yg satu lg...yg agak jauh jugak untuk cari tempayan air) dan gantung di pondok saya. cuma sekarang ni harap-harap pokok ni dapat bertahan lama dan boleh membiak. wah...bestnya.

pokok ni tak mau cahaya yg terlalu byk. cahaya sederhana saja. mengikut panduan dlm majalah LAMAN, nak jaga pokok ni mcm nak jaga pokok orkid. rumit sikit la tp kalau ada kesungguhan insyaallah perkara susah akan jd mudah. cuma pokok saya ditempatkan di kawasan sederhana panas. so pokok ni taklah jadi centre of attraction kat pondok kecik saya tu.






Ahad, 24 April 2011

bunga ketup-ketup









Ketup-ketupku yg meletup








Petang ni cuaca agak mendung. Sekejap hujan sekejap guruh sekejap kilat. Namun tidak mematahkan semangat saya untuk memaparkan lagi bunga-bunga yang ada di sekeliling rumah makbapak saya. Hari ni nak bercerita tentang bunga ketup-ketup a.k.a tapak kuda atau dlm bahasa inggerisnya bauhinia. Tgk gambar ni….mengimbas kembali detik-detik saya bertemu dengan bunga ni…
begini ceritanya....saya selalu melihat bunga ni berkembang di sepanjang hutan lebuhraya. Dari changkat jering sampai ke susur keluar ipoh. Masa tu saya sering berulang alik dr taiping ke ipoh. Pokok ni memanjat pokok2 besar dlm hutan tu. Bunga ni bukanlah berkembang sepanjang masa. Jd sayapun berangan mcmanalah nak dapatkan bunga ni. Alangkah bagusnya kalau bunga ni dijual. Tup-tup satu hari saya ke sebuah nurseri bunga di kampung saya (kecik ja nurseri tu) tgk-tgk ada pokok ni tp masatu bunganya belum kembang. Jd sayapun beli dgn harga rm14, dan bwk balik ke rumah. Bila bapak saya tgk dia kata buat apa beli pokok teja ni. Saya kata ni bukan pokok teja tp pokok bunga. Selang beberapa minggu bunga pun kembang. Bermula dr situ bapak saya terus jaga pokok ni sehinggalah dia membuat pancang-pancang kayu untuk pokok ni memanjat (nak kata pergola tak boleh sebab tak ada rupa pergola langsung…kira tempat pokok bunga ni memanjat la)




yang best tentang bunga ni ialah kalau dah berbunga..tahan lama..hampir 3 bulan ia akan berkembang mekar. Warnanya yang bercampur kuning oren amat cantik sekali. Ramai yang berminat dgn bunga ni. Tp seperti biasa nak dapatkan gugusan yg sebanyak ni kenala bersabar selama 10 tahun ya.

cara pembiakan bunga ni ialah melalui biji benih. Namun begitu tumbesarannya agak lambat. Mungkin lepas ni saya nak cuba dengan kaedah keratan batang. Harap-harap tumbuhlah lepas ni.