Ahad, 29 Mei 2011

temulawak kot





bismillahirrahmanirrahim. wah seronok nak bercerita hari ni. maklum dah lama jugak tak tulis apa2 dlm blog ni. ni gara-gara siang tadi la. sedang saya mencari bahan-bahan untuk masak tomyam cincai saya, tiba-tiba mak saya memekik nama saya....cepat cepat katanya. saya ingatkan ada ular ka biawak ka yg melintas. sebab tadi tu mak pi tanam serai dia.rupa-rupanya dia nak tunjuk bunga kat sebelah ni la...hmmm bunga kunyit merah aka temulawak. mana taknya tak ada daun tak ada apa hanya bunga sekuntum yang tumbuh terus dari rhizom kunyit tu. memang cantik campuran warna bunga ni. unik sekali.





kalau temulawak ni panggilan org indonesia. banyak khasiatnya khusus untuk wanita. tapi di malaysia tak tau la pulak nak panggil apa. rhizomnya besar mcm halia dan daunnya besar serta lebar. tetapi kunyit yang digunakan untuk masakan tu rhizomnya kecil serta warnanya kuning pekat dan daunnya serta bunganya sgt harum. sesuai dibuat ulam dan daunnya sering digunakan untuk masakan seperti rendang. rhizom atau ubi kunyit digunakan dalam pelbagai masakan terutamanya untuk menggoreng ikan.





senang ja nak tanam kunyit ni. ambil rhizomnya kemudian tanam.



insyaallah tumbuh jika ada rezeki. wah senangkan? kalaupun bunga kunyit merah ni blh dimakan rasanya tak sanggup nak makan sebab cantik sgt kata kawan saya cikgu zunaidah. ok lah sampai di sini dulu. saya nak pack baju esok nak mula cuti2 malaysia bersama makbapak tercinta. bukan cuti sgt pun..nak cari perubatan alternatif utk mak saya yang mengidap batu karang. sambil menyelam sambil minum air. doakan saya selamat memandu ya. saya tak pandu laju dan tak berapa arif tentang jalan2 ni.






Rabu, 11 Mei 2011

ungu violet







bismillahirrahmanirrahim. lama tak buka blog. terlalu sibuk sejak dua menjak ni. tapi minat terhadap pokok2 hiasan dan bunga2an tak pernah luntur. petang tadi baru sempat tgk pokok2 bunga yang tak berapa nak subur. almaklum terlupa bubuh baja sejak 15 mei yg lepas. sepatutnya pokok-pokok bunga ni perlu dibaja dua minggu sekali. mcm bunga kertas ni blh ditanam menggunakan keratan batangnya.

sebelah kanan ni namanya bunga butang. yg kadang2 og buat potpuri tu esp yg bunganua warna putih. bunga ni blh dibiakkan secara biji benih apabila bunganya kering terdapat banyak biji benih di bunga itu sendiri.
well, nak tulis pasal bunga2an dan dedaunan yg ada pengaruh warna ungu. bila saya perhati pokok2 yg ada di sekeliling rumah makbapak saya ni rupa2nya byk unsur2 warna ungu atau violet kata omputih. ingat tak lagi masa kecik2 dulu apabila menghafal warna pelangi. cikgu2 akan mneumonik kan warna2 pelangi supaya kita senang ingat...antaranya mak jah kena halau balik india utara yg mewakili merah, jingga, kuning, hijau, biru,indigo & ungu. seronok kan? those were the days...


kat sebelah ni namanya bunga 3 bulan kot. entahla ada sekuntum ni ja kat rumah tu pun dah nak gugur bunganya. tp mmg jambak dia sgt besar. cuma jarang berbunga. bunga ni pun ditanam melalui keratan batang.