Ahad, 29 Mei 2011

temulawak kot





bismillahirrahmanirrahim. wah seronok nak bercerita hari ni. maklum dah lama jugak tak tulis apa2 dlm blog ni. ni gara-gara siang tadi la. sedang saya mencari bahan-bahan untuk masak tomyam cincai saya, tiba-tiba mak saya memekik nama saya....cepat cepat katanya. saya ingatkan ada ular ka biawak ka yg melintas. sebab tadi tu mak pi tanam serai dia.rupa-rupanya dia nak tunjuk bunga kat sebelah ni la...hmmm bunga kunyit merah aka temulawak. mana taknya tak ada daun tak ada apa hanya bunga sekuntum yang tumbuh terus dari rhizom kunyit tu. memang cantik campuran warna bunga ni. unik sekali.





kalau temulawak ni panggilan org indonesia. banyak khasiatnya khusus untuk wanita. tapi di malaysia tak tau la pulak nak panggil apa. rhizomnya besar mcm halia dan daunnya besar serta lebar. tetapi kunyit yang digunakan untuk masakan tu rhizomnya kecil serta warnanya kuning pekat dan daunnya serta bunganya sgt harum. sesuai dibuat ulam dan daunnya sering digunakan untuk masakan seperti rendang. rhizom atau ubi kunyit digunakan dalam pelbagai masakan terutamanya untuk menggoreng ikan.





senang ja nak tanam kunyit ni. ambil rhizomnya kemudian tanam.



insyaallah tumbuh jika ada rezeki. wah senangkan? kalaupun bunga kunyit merah ni blh dimakan rasanya tak sanggup nak makan sebab cantik sgt kata kawan saya cikgu zunaidah. ok lah sampai di sini dulu. saya nak pack baju esok nak mula cuti2 malaysia bersama makbapak tercinta. bukan cuti sgt pun..nak cari perubatan alternatif utk mak saya yang mengidap batu karang. sambil menyelam sambil minum air. doakan saya selamat memandu ya. saya tak pandu laju dan tak berapa arif tentang jalan2 ni.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan