Isnin, 27 Jun 2011

a walk in the clouds





















Bismillahrirrahmanirrahim. sibuk bebenor sejak dua menjak ni sampai agak lama blog ni tak dijengah. kali ni nak cerita pengalaman saya dan pelajar2 melawat ladang anggur empangan beris di sik kedah pada 19 jun 2011 yang lalu. memang menarik la bagi diri saya yang sebelum ni tak pernah ke ladang anggur. suasana ladang anggur yang nyaman dan landscape sederhana yang mendamaikan. untuk merasai sendiri pengalamannya kawan2 semua kena lah ke sana sendiri.


ini merupakan hari kedua lawatan kami. hari pertama kami ke HPA jejawi, UniMAP, ke padang besar, ke ladang ostrich dan ke kg tambun tulang untuk makan malam tajaan. Masuk hari kedua, selepas sarapan pagi ditaja oleh unimap, lawatan kami menyusul ke library unimap sebelum kami memulakan perjalanan ke alor setar. di sana kami melawat muzium padi, petrosains, menghadiri taklimat di TNB alor setar serta makan tengahari tajaan TNB.


Berbalik ke lawatan di ladang anggur ni terus mengingatkan saya kepada cerita a walk in the clouds lakonan keanu reeves dan ataina sanchez, kisah tentang perjuangan mempertahankan ladang anggur. nak gelak bila pelajar2 saya kata,' cikgu kami tak boleh lama2 dalam ladang ni...nanti tergugat iman terus kami ngap buah anggur ni." sebenarnya bukan pelajar2 saja yang fikir mcm tu saya pun takut jugak goyah iman.


memang berbaloi perjalanan kali ni. walaupun terhoyong hayang dalam bas (tapi masih blh lena) selama lebih kurang dua jam dari bandar alor setar. sampai saja ke ladang tersebut terasa nyaman udara tasik beris.


anggurnya ada pelbagai warna hijau, ungu dan hitam dan saiz. tapi alhamdulillah semua yang dibeli manis2 belaka. yang bestnya bila kami sampai kami diberi peluang merasa kemanisan anggur secara percuma. kalau ada peluang memang nak pergi lagi walaupun masih terbayang betapa jauhnya ladang ini.

1 ulasan: