bismillahirrahmanirrahim. ni cerita agak lambat ditulis. sempena cuti penggal persekolahan yang lepas. kalau saya cerita pasal negeri Melaka kepada murid2 saya. semua dah pernah pergi ke negeri bersejarah ni. cuma saya saja yang baru menjejakkan kaki setelah tua bangka ni. itupun bersebab kalau tak agaknya sampai bila2pun tak ke Melaka.
kg morten mendapat namanya apabila ia dibuka oleh seorang inggeris yg bernama morten. nak tau lebih lanjut kenalah ke sana sendiri ya. ramai pelancong luar negara datang nak melawat villa sentosa tu. masuk adalah percuma. tak jemu2 pakcik rahim tu bg penerangan tentang kg morten dan sejarah keluarganya. menurut beliau anak sedara saya dah jd generasi ke sembilan keluarga hj othman tu yg dah 300 tahun menetap di kg morten. tp generasi ke sembilan tu berada di taiping bukan di melaka (anak-anak kakak saya).
Tujuan saya tulis bukanlah nak cerita pasal negeri Melaka. sebab saya pasti semua orang dah tau tentang a famosa, melaka parade. yang saya nak bagitau tentang lawatan saya ke villa sentosa yang terletak di kg morten. villa ni telah diiktiraf sebagai rumah warisan negeri Melaka. saya memang dah tau pasal kg morten ni dan cerita tentang villa tersebut kerana ia merupakan kg abang ipar saya dan villa tu adalah rumah arwah datuknya. di sebelah villa tersebut adalah rumah (warna biru) ibubapa abg ipar saya. dulu masa kakak saya kahwin (22 tahun dulu) saya tak berkesempatan pergi mengikut rombongan jadi memanglah saya tak pernah ke sana.
yang menariknya rumah2 di kg morten ni kecik2 saja. ala-ala binaan rumah minang. terletak betul2 berdekatan sg melaka. jadi kalau naik cruise pada waktu malam memanglah kita akan nampak kg morten ini. yang nak tergelaknya bila saya tgk gambar2 lama keluarga abg ipar saya di dinding rumah villa sentosa tu (masa tu kami diberi penerangan oleh pakcik rahim iaitu bapa saudara abg ipar saya tentang sejarah villa sentosa dan kg morten) saya tgk muka arwah datuk abg ipar saya betul2 mcm muka abg ipar. kalau kakak atau anak2 kakak saya baca mesti depa pun tergelak.