Rabu, 6 Februari 2013

Bay leaf ku

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Kali ni nak share betapa seronoknya dapat beli sepohon pokok yang dinamakan bay leaf dalam bahasa omputihnya. Semuanya bermula bila ke pasar Ahad Kamunting minggu lepas. Cadangnya nak awal ke sana sebab nak beli ikan patin dan keli untuk buat stok seminggu. Sebab ada penggemar patin dn keli ni. Orangnya masih kecil berusia 6 tahun. Kalau toknek (mak kepada tok dia) masak asam pedas rebus ikan patin dia akan makan sampai menjilat siku :)
ni la budak kecik tu...cucu sedara saya nama dia Uzma Qeestina  :)
Ok kita sambung cerita, nak dijadikan cerita, bila dah lambat ke pasar, faham-faham saja la mestila parking dah takdak yang kosong. jadi terpaksala parking kat depan gerai cendol berdekatan dengan pusat penjaja. masa tu gerai cendoi tak bukak lagi. kat situlah saya jumpak pakcik yang jual pokok-pokok kayu ni...belek-belek punya belek terpandanglah pokok ni...kat pokok tu tulis 'daun bay'...terus saya pun menemuduga pokcik tu. betoi ka pokcik ni pokok daun bay? dalam bahasa Melayu apa nama dia. dia pun kata ada yang sebut sebagai daun salam, serai kayu ataupun daun samak...maknanya semuanya pokok daun yang sama...


my bay leaf plant (belum jd tree lg)
 hasil google lan saya di www.melur.com/my herba, maka beberapa maklumat didapati tentang daun bay ni:
Nama Tempatan:Salam
Nama Saintifik:Eugenia Polyantha
Nama Lain:samak kelat, bay leaf, daun salam manting, serah, serai kayu, Daeng klua (Thai),Saramu-rihu. sinonim: Syzygium polyanthum
Famili:myrthaceae
Lokasi dijumpai:Tumbuhan liar
Tentang khasiatnya pulak, saya google di blog www.oldtrafford.com. pulak (saya copy paste ja). Khasiatnya pulak ialah

Diare
Ambil 15 lembar daun salam segar. Cuci hinga bersih. Rebus dalam 2 gelas air sampai mendidih selama 15 minit. Masukkan sedikit garam. Setelah dingin, tapis, lalu minum air rebusan sekaligus.

Kencing manis (Diabetes mellitus)
Ambil 7-15 lembar daun salam segar, cuci hingga bersih. Rebus dalam 3 gelas air sampai menjadi 1 gelas. Biarkan sampai dingin,tapis. Minum airnya sekaligus sebelum makan lakukan 2 kali sehari.

Khasiat Daun Salam Atasi Gastrik
Ambil 15-20 lembar daun salam segar.Cuci hingga bersih. Rebus dalam setengah liter air sampai mendidih selama 15 minit. Tambahkan gula enau(palm sugar) secukupnya. Setelah dingi, minum ramuan tadi sebagai teh. Lakukan setiap hari sampai rasa perih di lambung hilang.

Khasiat Daun Salam Menurunkan tekanan darah tinggi
Ambil 7-10 lembar daun salam, cuci hngga bersih. Rebus dalam 3 gelas air sampai tinggal 1 gelas. Setelah dingin, tapis. Minum air rebusan 2 kali sehari, dengan setengah gelas sekali minum.

Khasiat Daun Salam Menurunkan kadar kolesterol
Sediakan 10-15 lembar daun salam yang segar. Cuci hingga bersih, seterusnya rebus dalam 3 gelas air sampai tinggal 1 gelas. Setelah dingin, tapis. Minum air rebusan sekaligus pada waktu malam. Lakukan setiap hari.

Khasiat Daun Salam ubat Gout(Asam urat tinggi)
Ambil 10 lembar daun salam segar, rebus dengan 4 gelas air hingga tinggal 2 gelas. Kemudian tapis. Minum selagi hangat.

Khasiat Daun Salam atasi Mabuk alkohol
Cuci 1 genggam buah salam masak, lalu tumbuk sampai halus.Perah dan tapis, air yang terhasil diminum sekaligus.

Khasiat Daun Salam ubat Kudis, gatal-gatal
Untuk pengubatan luaran,hanya ambil daun, kulit, batang, atau akar pokok salam secukupnya. Cuci hingga bersih, lalu giling halus sampai menjadi adunan seperti bubur.Lumurkan ke tempat yang gatal, kemudian dibalut.

(Read more: http://www.oldtraffords.com)

Sejak sekolah dibuka ni nak tulis selalu tak berapa nak dan kata oghang utagha mcm saya ni. proposal pelajar nak buat pbs pun terkial-kial saya semak. Cobaan tiap2 tahun ada kalau takdak tu alamatnya tak lama la tu..........ok sampai di sini dulu. Wassalam.

kata-kata renungan utk diriku sendiri: kalau pandai bercakap tentang adab maka jadilah orang yang betul-betul beradab. Jangan jadi macam ketam yang menyuruh anaknya berjalan lurus tapi dirinya sendiri jalan mengereng. peace no war.