Rabu, 6 Februari 2013

Bay leaf ku

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Kali ni nak share betapa seronoknya dapat beli sepohon pokok yang dinamakan bay leaf dalam bahasa omputihnya. Semuanya bermula bila ke pasar Ahad Kamunting minggu lepas. Cadangnya nak awal ke sana sebab nak beli ikan patin dan keli untuk buat stok seminggu. Sebab ada penggemar patin dn keli ni. Orangnya masih kecil berusia 6 tahun. Kalau toknek (mak kepada tok dia) masak asam pedas rebus ikan patin dia akan makan sampai menjilat siku :)
ni la budak kecik tu...cucu sedara saya nama dia Uzma Qeestina  :)
Ok kita sambung cerita, nak dijadikan cerita, bila dah lambat ke pasar, faham-faham saja la mestila parking dah takdak yang kosong. jadi terpaksala parking kat depan gerai cendol berdekatan dengan pusat penjaja. masa tu gerai cendoi tak bukak lagi. kat situlah saya jumpak pakcik yang jual pokok-pokok kayu ni...belek-belek punya belek terpandanglah pokok ni...kat pokok tu tulis 'daun bay'...terus saya pun menemuduga pokcik tu. betoi ka pokcik ni pokok daun bay? dalam bahasa Melayu apa nama dia. dia pun kata ada yang sebut sebagai daun salam, serai kayu ataupun daun samak...maknanya semuanya pokok daun yang sama...


my bay leaf plant (belum jd tree lg)
 hasil google lan saya di www.melur.com/my herba, maka beberapa maklumat didapati tentang daun bay ni:
Nama Tempatan:Salam
Nama Saintifik:Eugenia Polyantha
Nama Lain:samak kelat, bay leaf, daun salam manting, serah, serai kayu, Daeng klua (Thai),Saramu-rihu. sinonim: Syzygium polyanthum
Famili:myrthaceae
Lokasi dijumpai:Tumbuhan liar
Tentang khasiatnya pulak, saya google di blog www.oldtrafford.com. pulak (saya copy paste ja). Khasiatnya pulak ialah

Diare
Ambil 15 lembar daun salam segar. Cuci hinga bersih. Rebus dalam 2 gelas air sampai mendidih selama 15 minit. Masukkan sedikit garam. Setelah dingin, tapis, lalu minum air rebusan sekaligus.

Kencing manis (Diabetes mellitus)
Ambil 7-15 lembar daun salam segar, cuci hingga bersih. Rebus dalam 3 gelas air sampai menjadi 1 gelas. Biarkan sampai dingin,tapis. Minum airnya sekaligus sebelum makan lakukan 2 kali sehari.

Khasiat Daun Salam Atasi Gastrik
Ambil 15-20 lembar daun salam segar.Cuci hingga bersih. Rebus dalam setengah liter air sampai mendidih selama 15 minit. Tambahkan gula enau(palm sugar) secukupnya. Setelah dingi, minum ramuan tadi sebagai teh. Lakukan setiap hari sampai rasa perih di lambung hilang.

Khasiat Daun Salam Menurunkan tekanan darah tinggi
Ambil 7-10 lembar daun salam, cuci hngga bersih. Rebus dalam 3 gelas air sampai tinggal 1 gelas. Setelah dingin, tapis. Minum air rebusan 2 kali sehari, dengan setengah gelas sekali minum.

Khasiat Daun Salam Menurunkan kadar kolesterol
Sediakan 10-15 lembar daun salam yang segar. Cuci hingga bersih, seterusnya rebus dalam 3 gelas air sampai tinggal 1 gelas. Setelah dingin, tapis. Minum air rebusan sekaligus pada waktu malam. Lakukan setiap hari.

Khasiat Daun Salam ubat Gout(Asam urat tinggi)
Ambil 10 lembar daun salam segar, rebus dengan 4 gelas air hingga tinggal 2 gelas. Kemudian tapis. Minum selagi hangat.

Khasiat Daun Salam atasi Mabuk alkohol
Cuci 1 genggam buah salam masak, lalu tumbuk sampai halus.Perah dan tapis, air yang terhasil diminum sekaligus.

Khasiat Daun Salam ubat Kudis, gatal-gatal
Untuk pengubatan luaran,hanya ambil daun, kulit, batang, atau akar pokok salam secukupnya. Cuci hingga bersih, lalu giling halus sampai menjadi adunan seperti bubur.Lumurkan ke tempat yang gatal, kemudian dibalut.

(Read more: http://www.oldtraffords.com)

Sejak sekolah dibuka ni nak tulis selalu tak berapa nak dan kata oghang utagha mcm saya ni. proposal pelajar nak buat pbs pun terkial-kial saya semak. Cobaan tiap2 tahun ada kalau takdak tu alamatnya tak lama la tu..........ok sampai di sini dulu. Wassalam.

kata-kata renungan utk diriku sendiri: kalau pandai bercakap tentang adab maka jadilah orang yang betul-betul beradab. Jangan jadi macam ketam yang menyuruh anaknya berjalan lurus tapi dirinya sendiri jalan mengereng. peace no war. 

15 ulasan:

  1. As salam,.
    nak bertanya ,pokok Bay@Salam puan tumbuh elok ke,..klau boleh sya nk mnta beli benihnya sepokok utk ditanam..payah sangat nak dpt pokok benihnya disini..
    Whatsapp saya di
    www.wasap.my/60194359968/zulbertam

    T.kasih . Wassalam
    Zul Bertam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya ada pokok salam akak bay leaf. Cantik dan sihat dan besar. Tapi tak tahu bagaiman nak biak kan ia. Beli daun nya maha. Bay leaf saya jenis gred A. Anak pokok saya beli di sungai buloh dlm 5 thn yg lalu.

      Padam
  2. Salam....maaf, nak buat pembetulan...bay leaf bukan daun salam..bay leaf dlm bahasa melayu tetap daun bay...

    BalasPadam
  3. biasa daun salam ini nak dpt kat mana ya kedai ada jual x

    BalasPadam
  4. klau ada yg tahu kat mana nak dptkan tlong wasapp sy ke no 0172412599

    BalasPadam
  5. Siapa yg ada benih daun salam saya nak beli sepokok.

    BalasPadam
  6. Tak silap tinggi pokok salam ni..ada musim berbuah kecil...burung.punai burung burung suka makan...biak dri biji yg matang..tumbuh d keliling pokok besar salam

    BalasPadam
  7. tp puan kalau kita tengok dalam cik google memang dia kata daun salam aka serai kayu...i is confuse

    BalasPadam
  8. Jika sesiapa mempunyai anak benih pokok ini....tlg whatsapp sy.....01139219173

    BalasPadam
  9. Bay leaf ialah spesis daun pokok Teja, bukan daun salam . Lihat bentuk urat daun pun dah nampak perbezaan yang ketara

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum salam sejahtera warga groupπŸ“’
    πŸ’ Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni yeπŸ“’πŸ˜‰

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit asma kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺πŸ‘πŸ»

    3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan asma. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.


    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

    Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.

    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .πŸ’ͺ🏼

    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg sudah sembuh dari kanser.
    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ………………………………………………………………………....
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ..........................................................................
    ▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit gastrik kronik(GERDyang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
    Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
    ..........................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................
    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    BalasPadam