Rabu, 30 Januari 2013

catatan perjalanan 30 mei - 3 jun 2011















bismillahirrahmanirrahim & assalamualaikum. penat betul hri ini. sampai saja ke rumah pada pukul 1.15 tghari td rasa sgt lega. mcm2 cerita ada dlm tempoh 5 hari perjalanan untuk mencari pengubatan alternatif mak. perjlnan bermula pd 30 mei 2011 jam 9 pagi. pemanduan mengambil masa lbh kurang 3 jam ke bukit subang. bukit subang dah berubah. perumahan denai alam menambah lg masalah utk saya ke sana. saya tidak arif tentang jlnraya ni bila bertambah lg kawasan perumahan mungkin satu hari nanti saya tak ingat langsung dah nanti jln ke rmh kakak saya tu.






masuk hari ke dua, perjlnan diteruskan. tp kali ni saya masih di bukit subang. yg membawa mak ke sg pusu ialah adik saya dan suaminya..saya...jd baby sitter utk 2 org anaknya...lagi sorang tak blh ditinggalkan mau meraung nanti. yg baju cardigan hitam tu cucu sedara. tu yg dua org berseluar putih tu....blh tahan. lama sgt menunggu mak&bapak..kami pun ke pkns. cadangnya nak tgkla blaus2 menarik..jubah kerr...tp dgn adanya dua org budak tu ditambah geng cucu sedara tu...semua plan tak jd...nasib dpt beli sikit fridge magnet. baru nak tgk harga baju dah sorang tak nampak kelibat. panik jugak dibuatnya. baru td ada di celahan2 baju yang tergantung. budak2 la katakan mana reti duduk diam.




perjlnan diteruskan ke melaka pada hari ketiga. dari durian tunggal kami terus menghala ke plaza mahkota beli cenderamata apa yg patut kemudian singgah di restoran utk makan tghari di restoran asam pedas sblm check in di mahkota hotel.




esoknya pada hari khamis group anak2 sedara yg remaja2 tu nak melawat ke a famosa. sebelum tu kami ke heritage valley di mahlota parade tu utk sambung membeli t-shirt2 melaka..sekali lg saya tak belipun. beli fridge magnet lg. nak buat mcmana kan mmg dah minat collect. nak bg penuh peti ais. buat masa skrg dah separuh penuh...riak la pulak.




1 ulasan:

  1. Slots, Casinos & Slot Games - Mapyro
    Win 구리 출장안마 real money 충청남도 출장샵 playing slots with real money. 대구광역 출장샵 Win real money playing casino slots 인천광역 출장안마 on 제주도 출장마사지 Mapyro. Earn real rewards and rewards from your favorite

    BalasPadam