Selasa, 29 Januari 2013

Mulberi oh Mulberi

Bismillahirrahmanirrahim...assalamualaikum & salam sejahtera.. Malam ni menulis lagi. Mood menulis dtg tatkala kerja mula menimbun dan selepas bermesyuarat di Selama ptg tadi...kalau masa begitu byk saya tak berminat menulis...lebih suka membaca majalah dan ulang-ulang baca majalah & buku kegemaran. kalau dah biasa baca blog saya tentu tau buku-buku dan majalah2 kegemaran saya. takpalah KIV dulu cerita tu...kali ni nak cerita tentang pokok Mulberi...begini kisahnya...

Saya mmg peminat pokok esp pokok bunga & pokok daun yg menghijau. Hobi turun temurun. Perkenalan dgn pokok Mulberi ni bila Us.Mariam membawa buah mulberi ke sekolah dan beri kami rasa sorang sikit. bila tgk buah mulberi tu terpacul dari mulut wah...buah beri hebatnya...mcmana ustazah tanam...nak tanam nak tanam...tak lama kemudian ustazah mariam pun bawak batang2 pokok mulberi utk kami yg berminat. bila bawak balik ke rumah..saya rendam sampai luruh semua daun...mak saya mula membebel...hang nak bg btg pokok ni luruh semua daun  ka baru hang nak tanam...isk..terkesima saya dibuatnya...dgn penuh keinsafan sayapun tanam...hanya sebatang yg survive...yg lain semua kojol almarhum.

dipendekkan cerita...setelah sekian lama..maka dari sebatang pokok maka bercambahlah hingga berpokok-pokok. tapi pokok mulberi ni renek saja bukan pokok besar. nak bagi berbuah banyak kena pangkas selalu bila buah dah habis.

yang menariknya buah mulberi ni sgt berkhasiat dan mempunyai nilai perubatan. kalau yg berwarna merah mmg masam berdengung...yg hitam masak ranum manis meleting...bila dirujuk blog pasal herba mmg banyak yg menceritakan tentang khasiat buah mulberi dan daunnya. antaranya sebagai ubat darah tinggi, ubat kencing manis, daunnya boleh dibuat teh jika dikeringkan.

Saya tanam bukanlah untuk tujuan perubatan tetapi lebih kepada suka-suka saja sebab bila buahnya masak dan saya petik terperasan sekejap macam kat Europe sana nun walaupun tak pernah sampai pun ke europe  tu :)
senang saja nak tanam mulberi ni hanya melalui keratan batang. selain boleh dimakan pokok ini juga boleh dibuat pokok pagaran. ada jugak kawan-kawan yang berminat dgn pokok ni cuma buat masa ni saya tak sempat menyemai lagi sibuk bebeno sejak sekolah dibuka. Wassalam.


Rujukan di bawah diambil dari: www.melur.com/myherba

kertau, mulberi,toot(parsi),shahtoot,

Nama Tempatan:Mulberi
Nama Saintifik:Morus L.
Nama Lain:Kertau, mulberi,toot(parsi),shahtoot,
Famili:Moraceae
Lokasi dijumpai:Tumbuhan di Melur.com
Asal:Amerika utara












1 ulasan:

  1. wah..cantik buah2 tu...x sabar nak merasa buah sulung saya nnti..baru je 2 minggu saya semai keratannya

    BalasPadam