Ketup-ketupku yg meletup
Petang ni cuaca agak mendung. Sekejap hujan sekejap guruh sekejap kilat. Namun tidak mematahkan semangat saya untuk memaparkan lagi bunga-bunga yang ada di sekeliling rumah makbapak saya. Hari ni nak bercerita tentang bunga ketup-ketup a.k.a tapak kuda atau dlm bahasa inggerisnya bauhinia. Tgk gambar ni….mengimbas kembali detik-detik saya bertemu dengan bunga ni…
begini ceritanya....saya selalu melihat bunga ni berkembang di sepanjang hutan lebuhraya. Dari changkat jering sampai ke susur keluar ipoh. Masa tu saya sering berulang alik dr taiping ke ipoh. Pokok ni memanjat pokok2 besar dlm hutan tu. Bunga ni bukanlah berkembang sepanjang masa. Jd sayapun berangan mcmanalah nak dapatkan bunga ni. Alangkah bagusnya kalau bunga ni dijual. Tup-tup satu hari saya ke sebuah nurseri bunga di kampung saya (kecik ja nurseri tu) tgk-tgk ada pokok ni tp masatu bunganya belum kembang. Jd sayapun beli dgn harga rm14, dan bwk balik ke rumah. Bila bapak saya tgk dia kata buat apa beli pokok teja ni. Saya kata ni bukan pokok teja tp pokok bunga. Selang beberapa minggu bunga pun kembang. Bermula dr situ bapak saya terus jaga pokok ni sehinggalah dia membuat pancang-pancang kayu untuk pokok ni memanjat (nak kata pergola tak boleh sebab tak ada rupa pergola langsung…kira tempat pokok bunga ni memanjat la)

yang best tentang bunga ni ialah kalau dah berbunga..tahan lama..hampir 3 bulan ia akan berkembang mekar. Warnanya yang bercampur kuning oren amat cantik sekali. Ramai yang berminat dgn bunga ni. Tp seperti biasa nak dapatkan gugusan yg sebanyak ni kenala bersabar selama 10 tahun ya.
cara pembiakan bunga ni ialah melalui biji benih. Namun begitu tumbesarannya agak lambat. Mungkin lepas ni saya nak cuba dengan kaedah keratan batang. Harap-harap tumbuhlah lepas ni.
Assalamualaikum. Saya baru membeli pokok ini minggu lalu. Bercadang utk pergola yg sdg saya siapkan berukuran 12' x 13'. Bolehkah puan share maklumat berkaitan pokok ini sati aspek spt jangka usia hayatnya; kekerapan kerja trimming, krketapan baja; musuh @ penyakit yg mungkunKalau puan s
BalasPadam