juga dikenali sbg tanaman dapur. biasanya org2 tua dulu rajin tanam mcm2 pokok kegunaan harian di tepi dapur. arwah tok & tokwan saya pun buat mcm tu. tp tu cerita lama. baik saya cerita apa yg mak bapak saya tanam kat tepi rumah aka tepi dapur,depa dua tanam pelbagai tanaman dapur spt kunyit, cabai melaka, serai, daun kari, bunga kantan...mcm2 lg lah. bukan apa.. senang nak capai bila nak masak. dulu seingat saya, tanaman dapur ni org tanam sekelompok. mak &bapak tanam..sana sikit sini sikit. tp semua adala kalau nak guna. cuma kena tawaf keliling rumah baru lengkap semua bahan..takpun pi tawaf kedai..mmg lengkap.
bestkan kalau dpt wujudkan edible garden di tepi dapur? ni saya tunjuk sikit(ada banyak jugak tanaman dapur depa dua tanam) saja. tanaman ni ada yg bapak tanam dan ada mak tanam. kalau nak buat tomyam jenuh jugakla kawad cari bahan- masakan keliling rumah. tp best jugak senaman secara tak langsung.
cara yg paling mudah nak wujudkan edible garden ni ialah pilihlah tempat yg sesuai. kawasan sempit tak menjadi halangan. luas cara luas sempit cara sempit. kalau tok saya dulu dia akan kepung dgn batang2 kelapa kemudian ditimbunkan tanah sampai menimbun. selalunya tanah bakar digunakan sebab byk baja. lepastu tanamlah apa yg hendak ditanam. daun kuchai, daun kesum, serai, pandan, kunyit. last2 mmg dah terbentuk sebuah garden yg dipenuhi dgn ulam2ulaman dan sayur2an.mudahkan? hendak seribu daya tak mau seribu dalih. ok sampai di sini dahulu pasu2 bunga saya sedang memanggil untuk diisi tanah dan kemudian nak tanam pokok comel2.bye.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan