Selasa, 19 April 2011

bunga siantan

















kenal dgn bunga ini? ini bunga jarum..eh apa pulak. ni bunga siantan...ada lg nama lain? ada...ixora..mcm nama kereta. mmgla nama kereta exora tu diambil sempena nama bunga ni lah. bunga ni ada byk warna. ada putih, ada merah, pink kuning, oren. saiz pun pelbagai ada besar ada kecil. kat rumah saya ada beberapa warna. merah, oren, kuning dan putih. tp putih bersaiz kecil so tak sempat nak ambik gambar. bunga ni seingat saya dari saya kecik sampai dah tua nipun masih ramai org tanam. agak2 pasal apa? pasal mudah tumbuh dan senang diselenggara. cuba tgk ditepi2 hiway kan deretan bunga siantan yg pelbagai warna ditanam. cuma ada besar ada kecik. teknologi la tu.




bunga ini kalau kembang amat cantik sekali. keadaanya yg bergugus nampak macam sebijik bola. masa saya kecik dulu selalu petik bunga ni dan hisap cecair kat dlm tangkai bunga tu. ya la selalu tgk rama2 dok sedut cecair (nektar) tu, jd sayapun ikut. manis2 rasanya. buah bunga ni pulak yg kecik2 hitam tu blh dimakan. saya masa kecik mengikut kawan2 ja. depa makan sayapun makan. tak tau pulak apa khasiatnya. yang berwarna merah dan oren memang senang dijaga tetapi yg kuning ni mcm hidup segan mati tak mau. mcm2 baja sudah saya letak tp dia daunnya tetap pucat lesi naik kuning mcm warna bunga. saya akan cari jalan untuk atasi masalah ini. inilah sebenarnya cabaran bg peminat pokok bunga. kena trial & error. baru tau pokok mana yg sesuai dgn iklim negara kita.





bunga ni sgt terkenal hingga ada lagu khas mengenainya iaitu "sri siantan". ini lagu lama siapa penyanyinya pun saya dah lupa.















Tiada ulasan:

Catat Ulasan